Permata Hati

anugerah terhebat yang aku miliki dalam hidupku....segala yang dicoret untuk kenangan....

actually anak aku Darwish bukanlah sakit ke demam ke…tapi bila ade sedara mamaku datang menengok baby aku diaorang cakap baby aku kuning(jaundice)…aku mula cuak and rasa x sedap ati…dan aku pon suruh mamaku yang bawak baby ke klinik tapi sayang doc blom masuk lagi…so papaku suruh doc tu datang umah untuk check baby…dan doc tu kata memang ade sikit kuning kat mata… aku terdiam dan doc kata 2ari lagi dia suruh aku bawak baby ke klinik supaya buleh dia check ngan detail…untuk memastikan baby aku sihat pg td mamaku bawa Darwish ke klinik seperti yang dijanji dua ari lepas..bila masuk je jumpa doc mamaku diberitahu bahawa Darwish ade jaundice…dan dia syorkan mamaku bawa baby ke hospital government untuk process ambik darah…sampai je kat umah aku terkejut mendengarnya…lepas tu mamaku suggest jumpa sorang doc pakar…aku pun ikut serta...bila jumpa je doc tu aku and mamaku diberitahu yang babyku xde jaundice yang teruk dan x benarkan aku buat proses ambik darah…katanya kuning dihujung mata akan hilang…aku dinasihatkan supaya Darwish diberi minum air yang banyak…aku rasa lega dan harap2 anak aku sihat…dan bila ditimbang berat Darwish naik 4.3kg berbanding 3.25kg waktu lahir…itu blom cukup sebulan lagi(baru ari ke 25)…cepat sungguh anak aku membesar…

inilah permata hatiku yang menjadi nadi kehidupanku…dan inilah juga harta yang paling berharga dalam hidupku….aku sangat bersyukur dengan kurniaan illahi yang membuatkan hidupku cukup sempurna…terima kasih tuhan…


26/09/09-ari ni my ayang dah pon balik k.l setelah bercuti selama seminggu wif my niece…dan ini merupakan kali ke-2 aku terpaksa berjauhan ngan my ayang….yang first time waktu aku bersalin Danish tiga tahun lepas…maklumlah aku blom abis pantang lagi…sian my ayang…aku pon sebenarnya susah gak bila my ayang xde…kalo dia ade at least buleh gak jadi teman aku bergurau-senda or tolong aku uruskan anak2 …itulah aku dah terbiasa bergantung pada suami…so bila my ayang xde aku mula patah kaki…semua macam x kena…walhal aku dok umah bondaku sendiri…rasa susah sangat nak mintak tolong…aku ade lebih kurang sebulan lagi seblom my ayang balik jemput akhir bulan October…actually ari ni aku and my bonda cukur kepala baby Darwish hingga botak…walhal majlis cukur jambul dah diadakan pada ari jumaat (minggu akhir pose)… tapi bondaku terlalu sibuk ngan persiapan raya so baru ari ni tertunainya plan tersebut…nasib baik Darwish x meragam…elok je dia tido atas pangkuan aku….






20/09/09-setelah sebulan menjalani ibadat puasa tibalah masanya untuk kita semua menyambut aidilfitri…..tapi hari raya tahun ni disambut secara ala kadar je…lagipon aku still dalam pantang(ari ke 16)….tu yang x berapa best…coz x dapat nak makan nasi dagang yang menjadi menu utama setiap kali raya…ape pon raya tahun ni aku and my ayang wif our little heros memilih warna biru untuk bergaya dpagi raya….pada mulanya Danish meragam x nak pakai baju melayu tapi bila lihat semua pakai baju melayu dia pon mula ok…sebelum pergi semayang raya kami sempat breakfast bersama….dan bila my ayang nak g semayang raya Danish pon nk ikut gak…aku bukan x bagi tapi risau kot2 dia buat hal…yelah kat masjid tukan ramai orang…manelah tau dia jumpa yang sebaya ngan dia asyik nak main kejar2…nanti daddy x dapat nak semayang tapi kena pantau Danish plak….last2 my ayang decide nak bawak Danish ke masjid supaya dia x nangis…tapi lepas beberapa minit my ayang antar balik umah…nasib baik dia x meragam…bila dok umah ngan aku Danish mula bercerita kat masjid ramai orang dan macam2 lagi yang dia tengok semasa berjalan kaki ke masjid bersama daddy…aku pun mengiyakan aje….tulah anak jate aku…
bila abis je semayang raya umah bondaku mula dipenuhi ngan sedara belah bondaku yang datang nak beraya sambil tengok baby baru aku….banyak gak ler baby Darwish dapat duit raya bahkan Danish pon turut dapat angpau….




bergambar seblom pergi semayang raya......


16/09/09-ari ni adalah birthday anak aku yang first Muhammad Danish Irfan yang genap 3tahun…doa mummy and daddy semoga Danish dipanjangkan umur,sihat senantiasa,dan menjadi anak yang soleh serta berjaya dalam hidup….amin….disebabkan bulan posa dan daddy pun blom lagi start cuti raya so mummy dah decide nak wak majlis arijadi untuk Danish pada raya pertama…baru meriah sikit walaupon bukan besar2an...cukup untuk dijadikan kenangan...lagipon setiap kali besday Danish x pernah mummy adakan party...sian Danish...

13/09/09-entah nape ngan baby Darwish semalam…asyik dok berjaga je..risau gak aku dibuatnya…yelah mane tau kot2 perut dia kembung ke ape ke…tapi Darwish x nangis pon…puas aku dodoikan x gak dia tido…dok terkebil2 tengok kanan kiri…last2 aku biarkan aje..sejak lahir hinggalah ari ni(ari ke 9)alhamdulillah x pernah sekali pun Darwish meragam x tentu pasal…kalo meragam pon bila lapar nak susu…nasib baik aku bagi susu botol ngan breast feeding…kalo harap breast feeding je memang x cukup…coz Darwish ni kuat menyusu…tangki besar katakan…dan kalo ikutkan pengalaman lahirkan Danish dulu susu badan aku cukup2 sebulan…dan yang ni x tau ler plak lama mane buleh menyusu badan…satu lagi gelagat baby Darwish ni bila kita bagi dia minum air terus dia tutup mulut dan buat mimik muka...padahal umur baru berapa ari...kadang2 tu bila nak bagi susu botol dia seolah2 try dulu dah terasa susu baru dia hisap...pandai sungguh anak mummy ni....Danish plak alhamdulillah sejak dapat adik ni xde lah plak nak dengki ke kacau adik ke...pandai bawak diri..dah tu buleh jadi geng ngan tok nenek serta adik beradik aku yang lain...senanglah sikit...xlah sakit kepala aku nak melayan karenah Danish...

setelah berbulan lamanya aku menyepikan diri akhirnya aku kembali menulis…. Walaupon ianya cerita basi…x kisahlah….sebenarnya aku nak cerita yang aku dah pon selamat deliver baby boy pada 05/09(sabtu)seberat 3.25kg….ianya lebih awal 10ari dari due…yang seronoknya aku langsung x sakit lama…sepatutnya ari tu aku g check-up macam biasa…tapi bila doc check pintu rahim aku dah pon terbuka 4cm…terus doc sarankan aku admit….doc jangka aku akan bersalin malam tapi kul 5ptg aku dah pun selamat beranak…dan permata hati aku yang kedua diberi nama Muhammad Darwish Irsyad…sesesungguhnya aku amat bersyukur kerana sepanjang proses bersalin aku dipermudahkan oleh tuhan…alhamdulillah….dan kini aku menghabiskan pantang kat kampong….
Hari ke 5


Hari ke 10







29/07/09-sejak anak jate aku buleh bercakap ngan lancar ni macam2 soklan dan perkara yang dia nak tau…kadang2 tu naik lenguh mulut nak menjawab…dah tu plak bila aku dok syok tengok movie ke drama ke time tulah dia sibuk nak tau gak…dah tu bila aku buat macam geram pandai plak dia soal marah ke?...nak marah pun dah x jadi…itulah nikmatnya jadi seorang ibu…w/pun penat ngan keje umah yang x pernah abis tapi seronoknya ade anak hanya tuhan yang tau…rugilah pada sape yang x nak anak semata2 nak jaga badan…sedangkan tulah harta dihari akhirat…wah macam ustazah ler plak…hehe….

27/07/09-aku g check-up macam biasa…tapi yang buat aku rasa seronok berat badan aku naik sekilo lebih…and baby plak kedudukan dia ok…berat baby 2.24kg…so far semuanya ok…2minggu lagi aku ade appointment ngan dr. kamsiah kat hospital pakar an-nur bangi…actually waktu aku bersalinkan Danish pun aku guna khidmat dr. khamsiah gak…pada aku dia seorang doc yang lemah lembut dan aku suka cara dia layan pesakit…tu yang kalo buleh akan datang pun aku nak bersalin ngan dia….

25/07/09-last week aku and my ayang wif my little hero saje je g ikea…niat dihati nak cari barang untuk perhiasan umah…tapi setelah berjam2 dok berpusing kat dalam tu samapi kaki aku naik lenguh satu benda pun aku x beli…konon2 nak survey dulu…biasalah tu dah jadi tabiat kau and my ayang…lepas je kuar dari ikea my ayang ajak g nilai 3…aku on je w/pon terasa penat…dah alang2 berjalan…samapai sana pun kita still survey perhiasan ayat2 suci al-quran…kot2lah ade yang menarik…tapi dari satu kedai ke kedai yang lain sama je…yang berbeza pada harga…agak bosan kami pun bergerak balik…


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...