Permata Hati

anugerah terhebat yang aku miliki dalam hidupku....segala yang dicoret untuk kenangan....



12JULAI –Sempena perkahwinan autie naza ngan uncle ikram kami sekeluarga dijemput ke majlis yang diadakan di BLUE WAVE HOTEL kat shah alam…Kami pergi bersama kaum keluarga yang datang dari Kelantan dengan menaiki bas yang telah disediakan oleh family uncle ikram…kami berkumpul di rumah tok ngah(mak saudara mummy)di Putrajaya…sebelum bertolak mummy sempat merakam gambar sewktu dalam bas untuk kenangan…dan bagi Danish itulah kali pertama menaiki bas…mungkin belum pernah merasai pengalaman naik bas Danish begitu teruja sekali…dia seolah x takut malah bebas bergerak ke depan ke belakang,panjat tempat duduk sendiri.. sewaktu bas mula bergerak Danish hanya berdiri di tengah2 antara tempat duduk coz nak tengok pemandangan…aksinya menarik perhatian orang lain..tapi mujur sekejap saje dia berdiri yelah bukan ape mummy risau takut tersadung ke depan…perjalanan dari putrajaya ke shah alam hanya 45minit dengan melalui highway putrajaya-kuala lumpur…bila sampai di lobi hotel kami terus dibawa ke dewan..sementara menuggu ketibaan dif2 kehormat Danish dah mula rasa bosan…apatah lagi bila kena duduk dalam baby chair..nasib baik ade ole2 berupa kek untuk tetamu..so mummy pun suapkan Danish ngan kek tu supaya dia x meragam..almaklum jelah budak2..pukul 8.45 diumumkan ketibaan masuk pengantin ke dalam dewan…sungguh anggun dan segak lagi kedua mempelai..Majlis berjalan ngan lancer sekali..nasib baik sepanjang majlis berlangsung Danish x buat hal..ape pun aksi Danish menarik perhatian cameramen yang ade pada malam tu…Majlis berakhir kul 10.45mlm…Tapi kami pihak pengantin perempuan belum dibenarkan beredar kerana seisi bergambar akan mula setelah tetamu lain balik…sementara menuggu kami diberi peluang berkaraoke…hanya tok abah yang sanggup menyanyi…setelah selesai bergambar kenangan kami pun bertolak balik…sewaktu dalam perjalanan balik
semua kelihatan x bermaya dan Danish akhirnya tertidur…mungkin terlalu penat…

4 julai-kenduri kahwin auntie alina dan uncle ijan yang berlangsung di umah nek yah kat bangsar…Kami bertolak dari umah kul 8pg sebab majlis akad nikah akan mula kul 10pg..lagipun untuk majlis ni x ramai yang dijemput hanya keluarga terdekat sahaja…hanya dengan sekali lafaz mereka bergelar suami isteri…tapi sayang mummy x sempat tengok sebab terpaksa bawak Danish dan kakak Dina main dalam bilik kat dapur supaya x mengganggu majlis dengan suara mereka berdua…maklum jelah kalau dua orang ni bertemu memang hancur majlis..pd sebelah malam pulak majlis persandingan berlangsung dan acara potong kek..memang meriah…mummy sempat rakam gambar kami bertiga atas pelamin lagi..Keesokkannya majlis hanya untuk jemputan lain..tapi kami pun ade jugak..

21Jun Dari terengganu kami bertolak balik ke kelantan sempena kenduri kahwin sepupu mummy yang bertemakan warna pink untuk semua ahli keluarga.Kami sampai d kota baru kul 3ptg dan djamu ngan masakan ala Thai d rumah arwah nenek(sebelah mummy) yang dpenuhi oleh sanak saudara untuk majlis keesokkan ari.Setelah selesai menjamu selera mummy bawak Danish melihat persekitaran rumah dan yang menarik perhatian Danish ialah buaian lama.Danish begitu teruja bermain buai sampai x diendahkan orang lain..Mummy pun terlupa nak ambik gambar Danish main buai maklumlah asyik bertegur sapa ngan saudara-mara yang dah lama x jumpa..

Bersama salah seorang sepupu yang dipanggil Kakak Dina sebelum majlis bermula yang kami semua gelarkan cikgu…coz Danish akan ikut ape saje yang kakak dina buat..malah boleh dikatakan yang rapat ngan Danish..lagipun beza umur mereka x jauh..

Keesokkan ari majlis akad nikah bermula kul 10pg dan semua saudara belah pengantin perempuan diberi tema warna pink.Tp sayang Danish x nak pakai baju melayu.Mungkin rimas kot.Sementara menunggu acara persandingan bermula Danish mula menunjukkan taring.Berkejaran ke sana kemari xbuleh duduk diam untuk sesaat.Ade saje benda yang ingin dibuatnya.Tambah lagi bila ade ramai kawan-kawan yang agak sebaya ngan dia.Habis saje majlis tersebut kami balik ke bukit marak(kg daddy) coz keesokanya daddy dah nak balik k.l.Kami x bermalam pon kat sane cuma balik ari.Kat sane Danish pun asyik main ngan cousin sampai terjatuh dalam lumpur tapi yang bestnya dia x nangis tapi turut tergelak sama.Dan yang paling mummy ingat setiap kali balik 
kelantan kaki Danish mesti ade parut kesan gigitan nyamuk. 


18 Jun- aku sekeluarga bercuti di awana kijal terengganu.Kami keluar awal supaya nanti tak terasa bahang cuaca panas..Perjalanan ke sana memakan masa 4jam melalui lebuhraya pantai timur.Alhamdulilah x jem sangat…Kami sempat singgah R&R di satu hentian(mummy lupa ape nama tempat tu).Hanya daddy dan Danish je yang breakfast..Waktu kami sampai sana pun dah tengahari…Setelah check in kami membawa barang2 naik ke bilik hotel..Sampai je kat bilik mummy terus membuka bekalan yang telah dimasak kat umah untuk menjamu selera..Rupa2nya bukan mummy je yang lapar daddy dan Danish pun lapar gak..Sungguh berselera diaorang makan..Sesudah menjamu selara mummy sempat merakam beberapa aksi Danish dalam bilik hotel..Suasana kat persekitaran hotel tu sungguh nyaman dan tenang.Agak strategic jugak kedudukkan hotel tu dekat ngan pantai.Tapi sayang kami x sempat mandi pantai.Satu percutian yang dapat mengeratkan hubungan kami sekeluarga.

Petangnya kami sekeluarga ke swimming pool di kawasan hotel awana..Danish dan daddy sempat posing sebelum mandi..Mula2 sampai dekat kolam Danish macam takut2 tapi bila dah masuk dalam kolam terus x dihiraukan orang lain. Yang paling best sekali ialah tengok gelagat Danish yang bukan main seronok lagi bila dapat mandi kolam.seolah-olah dia pandai berenang.Danish nampak ok je tapi mummy yang risau lebih walaupun diawasi oleh daddy…Bila dah berendam dalam air nak ambik gambar pun susah…langsung x nak pandang camera…tengok ajelah aksi2 danish yang sempat dirakam…yang kononnya berenang tapi sekadar mancangkung je dalam air…kelakar betul Danish…

Tapi sayang kat terengganu susah nak cari kedai makan yang berdekatan ngan hotel.Yang ade sekadar warung kopi Mungkin sebab kawasan kampong kot..Cuma yang kami jumpa satu gerai pisang goreng dan keropok lekor yang best..Sepanjang bercuti kat terengganu mummy rasa itulah percutian yang paling bosan..Terperap je dalam bilik hotel...nak kuar jalan2 dekat sekitar kawasan tu x ade tempat yang menarik..Last sekali kami buat keputusan untuk check out lebih awal..Meneruskan perjalanan ke Kota bharu kelantan.

Aksi Danish sebelum bertolak balik ke kelantan…gaya mcm rappers






Second day kami naik cable car…Sementara tunggu turn nak masuk dalam cable car hati mummy berdebar2 seram sejuk dibuatnya…Bila dah masuk dalam terkelu seribu bahasa nak toleh kanan kiri pun terasa takut semacam je maklumlah kecut perut sebab terlalu tinggi namun daddy dan Danish tetap maintain.Pemandangan dekat stesen cable car memang indah…Kami sempat singgah sekejap dekat stesen yang kedua untuk melihat dan bergambar sebelum terus naik ke puncak…View kat atas memang cantik terutamanya yang paling akhir...Kagum dengan ciptaan Yang Maha Esa…Sampai kat stesen terakhir kami teringin nk turun bawah…Konon nak tengok pemandangan...Seronok je menuruni tangga…Sempat jugak kami bergambar meskipun terasa gayat..Setelah abis berposing kami pun naik balik ke atas.. Tapi bile part nak naik balik ke atas tu yang rasa x sanggup terpaksa mandaki tangga yang banyak...Daddy lagi kesian coz kena dukung Danish sambil naik tangga.Semput dibuatnya.Bila dah rehat seketika kami bercadang nak turun coz perut dah berbunyi..Lapar katakana..Time nak turun, kitaorg naik cable car sekali dengan tiga orang cina yang asyik menjerit-jerit sbb takut tinggi kot….kitaorg takut gak tapi tetap cool….dok diam je…Danish pon diam sbb dia pon takut…hahahahaha

Bergambar di tempat pejalan kaki menuju ke tengah untuk melihat pemandangan seluruh pulau langkawi…terasa sejuk walaupun cuaca kat bawah panas terik….

Berehat seketika setelah penat mendaki tangga dari bawah sementara tunggu cable car yang kosong untuk turun …

Rakam kenangan dalam cable car(mintak tolng ngan penumpang lain)…sejuk mata memandang…

Turun je dari cable car kami berpusing di dalam kedai yang terdapat di sekitar kawasan tersebut…saje survey mane lah tau kot 2 ade yang berkenan di hati…buleh buat kenangan…akhirnya kami beli sehelai baju untuk masing2…setelah penat berpusing kami rehat seketika dekat tasik berhadapan deretan kedai sambil pikir ke mana hala tuju kami selepas ini…akhir kami buat keputusan nak pergi makan tengahari dekat pekan kuah…dalam kami menuju ke car park mummy ternampak mcm burung helang lalu bgtau daddy untuk bertanya dekat seorang budak…lepas tu dia memang buleh tp kena bayar tp xlah mahal…macam x percaya dapat ambik gambar ngan helang…takut tapi seronok…tengoklah gaya terkejut Danish melopong dapat tengok burung helang depan mata… x berkelip dibuatnya… jinak gak burung helang ni… 

Waktu ni daddy terpaksa melayan karenah Danish ngan ambik gambar dia supaya x kacau mummy berkemas tok balik k.l…Tapi di langkawi banyak pilihan kedai makan dan yang paling mummy ingat makan laksa dekat gerai penjaja bergerak tepi airport coz kuahnya pekat dan rasanya sedap.Yang paling penting harganya berpatutan.Memang pulau langkawi satu tempat percutian yang best walaupun cuacanya agak panas.Insya Allah kalo ade rezeki lebih teringin nak pergi Langkawi lagi..


 


6 April-Aku bersyukur dapat peluang pergi bercuti di langkawi dengan menaiki pesawat air asia. Waktu 2 danish berumur 1thn7bln.Dan itulah kali pertama aku bawak Danish naik kapal terbang.Dia langsung tak takut malah lagi excited sebab nak tengok pemandangan dari udara. Sampai disana kami menyewa kereta dan bermalam di satu resort dekat pantai untuk menyenangkan kami membawa Danish mandi pantai. Almaklum jer lah sebelum ni kami x pernah bawak dia ke pantai kerana bimbang dia masih kecil.

Hari pertama bangun dari tidur terus je ke pantai…sampai baju tidur anak pun x bertukar… tak sabar nak mandi pantai…tengoklah muka Danish masih mamai lagi…Mula2 Danish pun macam x bersemangat waktu main air tapi setelah beberapa minit dia mula ok… Esoknya kami pergi pantai lagi waktu pagi tapi sayang hujan….Dapat main sekejap jer…kesian Danish x puas berendam kat pantai….

First day kami pergi underwater world konon nk tunjuk pelbagai jenis ikan kat Danish.. Waktu first2 je dia seronok dan happy kat dalam tu dapat tengok ikan lepas tu mulalah aktiviti dia....Apalagi kalau bukan berlari ke sana ke mari…Cuma waktu tengok penguin je dia diam kejap…lagipun kat dalam tu tak best sgt….biasa2 je…..daddy banyak ambil gambar…

Bergambar ngan burung nuri yg buleh bercakap…Danish pun tergamam…

Bila dah sampai ujung jalan terdapat beberapa kedai menjual cenderamata sempat jugak mummy menjenguk tapi yang dibeli cuma mainan untuk Danish….Bila kami keluar dari Underwater world waktu dah petang….Kami berdua cuba pikir kot2 ade tampat menarik yang boleh hilangkan bosan….Dan akhirnya kami balik ke hotel sbb dah tak tahu nak pergi mana….Lepas magrib kami keluar semula untuk dinner sambil berpusing-pusing mencari restoran yang happening…setelah beberapa kali berpatah balik, akhirnya kami memilih sebuah restoran yang agak jauh dari hotel…tp makanannya biasa saja….


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...