Permata Hati

anugerah terhebat yang aku miliki dalam hidupku....segala yang dicoret untuk kenangan....

6 April-Aku bersyukur dapat peluang pergi bercuti di langkawi dengan menaiki pesawat air asia. Waktu 2 danish berumur 1thn7bln.Dan itulah kali pertama aku bawak Danish naik kapal terbang.Dia langsung tak takut malah lagi excited sebab nak tengok pemandangan dari udara. Sampai disana kami menyewa kereta dan bermalam di satu resort dekat pantai untuk menyenangkan kami membawa Danish mandi pantai. Almaklum jer lah sebelum ni kami x pernah bawak dia ke pantai kerana bimbang dia masih kecil.

Hari pertama bangun dari tidur terus je ke pantai…sampai baju tidur anak pun x bertukar… tak sabar nak mandi pantai…tengoklah muka Danish masih mamai lagi…Mula2 Danish pun macam x bersemangat waktu main air tapi setelah beberapa minit dia mula ok… Esoknya kami pergi pantai lagi waktu pagi tapi sayang hujan….Dapat main sekejap jer…kesian Danish x puas berendam kat pantai….

First day kami pergi underwater world konon nk tunjuk pelbagai jenis ikan kat Danish.. Waktu first2 je dia seronok dan happy kat dalam tu dapat tengok ikan lepas tu mulalah aktiviti dia....Apalagi kalau bukan berlari ke sana ke mari…Cuma waktu tengok penguin je dia diam kejap…lagipun kat dalam tu tak best sgt….biasa2 je…..daddy banyak ambil gambar…

Bergambar ngan burung nuri yg buleh bercakap…Danish pun tergamam…

Bila dah sampai ujung jalan terdapat beberapa kedai menjual cenderamata sempat jugak mummy menjenguk tapi yang dibeli cuma mainan untuk Danish….Bila kami keluar dari Underwater world waktu dah petang….Kami berdua cuba pikir kot2 ade tampat menarik yang boleh hilangkan bosan….Dan akhirnya kami balik ke hotel sbb dah tak tahu nak pergi mana….Lepas magrib kami keluar semula untuk dinner sambil berpusing-pusing mencari restoran yang happening…setelah beberapa kali berpatah balik, akhirnya kami memilih sebuah restoran yang agak jauh dari hotel…tp makanannya biasa saja….


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...